5 Arif Crew Official Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Aktif - Rasional - Inovatif - Fantastik
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Sekali Klik, 10sen Dihitung
Jom Join - Klik Saje
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» Guru dan Jasanya
Ibu Yang Pembohong Icon_minitimeSun Jun 06, 2010 1:54 am by are_in

» Help pls
Ibu Yang Pembohong Icon_minitimeThu Feb 18, 2010 1:05 pm by fiq_permai

» Perkahwinan Kakak Kepada Mohd Afiq @ Afiq Kodok
Ibu Yang Pembohong Icon_minitimeMon Dec 14, 2009 2:46 pm by fiq_permai

» ade Facebook x??
Ibu Yang Pembohong Icon_minitimeMon Dec 07, 2009 11:57 pm by fiq_permai

» ~~Jom Men Sambung2..~~
Ibu Yang Pembohong Icon_minitimeSat Nov 28, 2009 12:57 pm by fiq_permai

» ~~LaTeS NeWs~~
Ibu Yang Pembohong Icon_minitimeSat Nov 28, 2009 12:47 pm by fiq_permai

» Oya ftw`
Ibu Yang Pembohong Icon_minitimeSat Nov 28, 2009 12:44 pm by fiq_permai

» Jgn Lupe Kenalkn Diri Korg
Ibu Yang Pembohong Icon_minitimeSat Nov 28, 2009 12:42 pm by fiq_permai

» Perubahan
Ibu Yang Pembohong Icon_minitimeSat Nov 28, 2009 12:39 pm by fiq_permai

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

 

 Ibu Yang Pembohong

Go down 
5 posters
AuthorMessage
Kapten Ace
Spammer
Spammer
Kapten Ace


Number of posts : 565
Age : 34
Location : Kedai Mamak Seri Manja
Registration date : 2008-04-26

Ibu Yang Pembohong Empty
PostSubject: Ibu Yang Pembohong   Ibu Yang Pembohong Icon_minitimeTue Feb 24, 2009 9:26 pm

Jangan Salah Sangka.. Itu Cuma Tajuk.. Ianya Tiada Kena Mengena Dengan Diriku.. Isi Yang Aku Cuba Sampaikan Ada Dibawah.. Aku Mendapat E-mail Ini Dari Seorang Rakan.. Sila Baca Sehingga Habis Dan Tinggalkan Komen Anda.. Sekian..

Memang Sukar Untuk Orang Lain Percaya, Tapi Itulah Yang Berlaku. Ibu Saya
Memang Seorang Pembohong!! Sepanjang Ingatan Saya Sekurang-Kurangnya 8 Kali
Ibu Membohongi Saya. Saya Perlu Catatkan Segala Pembohongan Itu Untuk
Dijadikan Renungan Anda Sekalian.

Cerita Ini Bermula Ketika Saya Masih Kecil. Saya Lahir Sebagai Seorang Anak
Lelaki Dalam Sebuah Keluarga Miskin. Makan Minum Serba Kekurangan. Kami
Sering Kelaparan. Adakalanya, Selama Beberapa Hari Kami Terpaksa Makan
Berlaukkan Ikan Masin Dikongsi Satu Keluarga. Sebagai Anak Yang Masih Kecil,
Saya Sering Saja Merungut. Saya Menangis Mahukan Nasi Dan Lauk Yang Banyak.
Tapi Ibu Cepat Memujuk. Ketika Makan, Ibu Sering Membahagikan Bahagian
Nasinya Untuk Saya. Sambil Memindahkan Nasi Ke Mangkuk Saya, Ibu Berkata :
"Makanlah Nak Ibu Tak Lapar." *PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA*

Ketika Saya Mulai Besar Ibu Yang Gigih Sering Meluangkan Waktu Senggangnya
Untuk Pergi Memancing Di Tali Air Berhampiran Rumah. Ibu Berharap Dari Ikan
Hasil Pancingan Itu Dapat Memberikan Sedikit Makanan Untuk Membesarkan Kami
Adik-Beradik. Pulang Dari Memancing, Ibu Memasak Gulai Ikan Yang Segar Dan
Mengundang Selera. Sewaktu Saya Memakan Gulai Ikan Itu, Ibu Duduk Disamping
Kami Dan Memakan Sisa Daging Ikan Yang Masih Menempel Di Tulang Daripada
Bekas Sisa Ikan Yang Saya Makan Tadi. Saya Sedih Melihat Ibu Seperti Itu..
Hati saya Tersentuh Lalu Dengan Menggunakan Sudu Saya Memberikan Ikan Itu
Kepada Ibu. Tetapi Ibu Dengan Cepat Menolaknya. Ibu Berkata : "Makanlah Nak,
Ibu Tak Suka Makan Ikan." *PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA*

Di Usia Awal Remaja, Saya Masuk Sekolah Menengah. Ibu Pergi Ke Kedai Dengan
Membawa Sejumlah Penyapu Lidi Dan Kuih-Muih Untuk Menyara Persekolahan
Saya, Abang Dan Kakak. Suatu Dinihari Lebih Kurang Pukul 1.30 Pagi Saya
Terjaga Dari Tidur. Saya Melihat Ibu Membuat Kuih Dengan Beremankan Sebuah
Pelita Di Hadapannya. Beberapa Kali Saya Melihat Kepala Ibu Terhangguk
Kerana Mengantuk. Saya Berkata : "Ibu, Tidurlah, Esok Pagi Ibu Kena Pergi
Kebun Pula." Ibu Tersenyum Dan Berkata : "Cepatlah Tidur Nak, Ibu Belum
Mengantuk Lagi." *PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA*

Di Hujung Musim Persekolahan, Ibu Meminta Cuti Kerja Supaya Dapat Menemani
Saya Pergi Ke Sekolah Untuk Menduduki Peperiksaan Penting. Ketika Hari Sudah
Siang, Terik Panas Matahari Mulai Menyinari, Ibu Terus Sabar Menunggu Saya
Di Luar Dewan. Ibu Seringkali Saja Tersenyum Dan Mulutnya Terkumat-Kamit
Berdoa Kepada Illahi Agar Saya Lulus Ujian Peperiksaan Ini Dengan Cemerlang.
Ketika Loceng Berbunyi Menandakan Ujian Sudah Selesai, Ibu Dengan Segera
Menyambut Saya Dan Menuangkan Kopi Yang Sudah Disiapkan Dalam Botol Yang
Dibawanya. Kopi Yang Kental Itu Tidak Dapat Dibandingkan Dengan Kasih Sayang
Ibu Yang Jauh Lebih Kental. Melihat Tubuh Ibu Yang Dibasahi Peluh, Saya
Segera Memberikan Cawan Saya Itu Kepada Ibu Dan Menyuruhnya Minum. Tapi Ibu
Cepat-Cepat Menolaknya Dan Berkata : "Minumlah Nak, Ibu Tak Haus!!"
*PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT*

Setelah Pemergian Ayah Kerana Sakit, Iaitu Selepas Saya Baru Beberapa Bulan
Dilahirkan, Ibulah Yang Mengambil Tugas Sebagai Ayah Kepada Kami Sekeluarga.
Ibu Bekerja Mengambil Upah Di Kebun, Membuat Penyapu Lidi Dan Menjual
Kuih-Muih Agar Kami Tidak Kelaparan. Tapi Apalah Sangat Kudrat Seorang Ibu.
Kehidupan Keluarga Kami Semakin Susah Dan Susah. Melihat Keadaan Keluarga
Yang Semakin Parah, Seorang Pakcik Yang Baik Hati Dan Tinggal Berjiran
Dengan Kami, Datang Untuk Membantu Ibu. Anehnya, Ibu Menolak Bantuan Itu.
Jiran-Jiran Sering Kali Menasihati Ibu Supaya Menikah Lagi Agar Ada Seorang
Lelaki Yang Akan Menjaga Dan Mencarikan Wang Untuk Kami Sekeluarga. Tetapi
Ibu Yang Keras Hatinya Tidak Mengendahkan Nasihat Mereka. Ibu Berkata :
"Saya Tidak Perlukan Cinta Dan Saya Tidak Perlukan Lelaki Untuk Menyara Kami." *PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA*

Setelah Kakak Dan Abang Habis Belajar Dan Mula Bekerja, Ibu Sudah Pun Tua.
Kakak Dan Abang Menyuruh Ibu Supaya Berehat Sahaja Di Rumah. Tidak Payahlah
Lagi Bersusah Payah Dan Bersengkang Mata Untuk Mencari Duit. Tetapi Ibu
Tidak Mahu. Ibu Rela Pergi Ke Pasar Setiap Pagi Menjual Sedikit Sayur Untuk
Memenuhi Keperluan Hidupnya. Kakak Dan Abang Yang Bekerja Jauh Di Kota Besar
Sering Mengirimkan Wang Untuk Membantu Memenuhi Keperluan Ibu, PunBegitu
Ibu Tetap Berkeras Tidak Mahu Menerima Wang Tersebut. Malahan Ibu Mengirim
Balik Wang Itu Dan Ibu Berkata : "Jangan Susah-Susah, Ibu Ada Duit." ?
*PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM*

Setelah Tamat Pengajian Di Universiti, Saya Melanjutkan Lagi Pelajaran Ke
Peringkat Sarjana Di Luar Negara. Pengajian Saya Di Sana Dibiayai Sepenuhnya
Oleh Sebuah Syarikat Besar. Sarjana Itu Saya Sudahi Dengan
Cemerlang, Kemudian Saya Pun Bekerja Dengan Syarikat Yang Telah Membiayai
Pengajian Saya Juga Di Luar Negara. Dengan Gaji Yang Agak Lumayan, Saya
Berhajat Untuk Membawa Ibu Menikmati Penghujung Hidupnya Di Luar Negara.
Pada Pandangan Saya, Ibu Sudah Puas Bersusah Payah Untuk Kami. Hampir
Seluruh Hidupnya Habis Dengan Penderitaan, Eloklah Kalau Hari-Hari Tuanya
Ini Ibu Habiskan Dengan Keceriaan Dan Keindahan Pula. Tetapi Ibu Yang Baik
Hati, Menolak Ajakan Saya. Ibu Tidak Mahu Menyusahkan Anaknya Ini Dengan
Berkata : "Tak Payahlah, Ibu Tak Biasa Tinggal Di Negara Orang." *PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH*

Beberapa Tahun Berlalu, Ibu Semakin Tua.. Suatu Malam Saya Menerima Berita
Ibu Diserang Penyakit Kanser. Ibu Mesti Dibedah Secepat Mungkin. Saya Yang
Ketika Itu Berada Jauh Diseberang Samudera Terus Segera Pulang Untuk
Menjenguk Ibunda Tercinta. Saya Melihat Ibu Terbaring Lemah Di Katil
Hospital Setelah Menjalani Pembedahan. Ibu Yang Kelihatan Sangat Tua,
Menatap Wajah Saya Dengan Penuh Kerinduan. Ibu Menghadiahkan Saya Sebuah
Senyuman Biarpun Agak Kaku Kerana Terpaksa Menahan Sakit Yang Menjalari
Setiap Inci Tubuhnya.. Saya Dapat Melihat Dengan Jelas Betapa Seksanya
Penyakit Itu Telah Memamah Tubuh Ibu Sehingga Ibu Menjadi Terlalu Lemah Dan
Kurus. Saya Menatap Wajah Ibu Sambil Berlinangan Air Mata. Saya Cium Tangan
Ibu Kemudian Saya Kecup Pula Pipi Dan Dahinya. Di Saat Itu Hati Saya Terlalu
Pedih, Sakit Sekali Melihat Ibu Dalam Keadaan Seperti Ini. Tetapi Ibu Tetap
Tersenyum Dan Berkata : "Jangan Menangis Nak, Ibu Tak Sakit." *PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN*

Setelah Mengucapkan Pembohongan Yang Kelapan Itu, Ibunda Tercinta Menutup
Matanya Untuk Yang Terakhir Kali....



P/S:Bagi Yang Pernah Melihat/Membaca/Terdengar, Sori..
Back to top Go down
http://www.neo.net.my
eylla
Administrator
Administrator
eylla


Number of posts : 685
Age : 35
Location : sg petani, pee jay...
Registration date : 2008-04-23

Ibu Yang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibu Yang Pembohong   Ibu Yang Pembohong Icon_minitimeTue Feb 24, 2009 11:16 pm

x kisah pun..
bende y blh wat pengajaran mcm ni masukkn 100x pun x pe..
hehehehe
Back to top Go down
https://5arifcrew.forumotion.com
ruffy
Team
Team
ruffy


Number of posts : 565
Age : 35
Location : keramat/poli sabak benam
Registration date : 2008-06-26

Ibu Yang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibu Yang Pembohong   Ibu Yang Pembohong Icon_minitimeWed Feb 25, 2009 11:43 am

wey acam..
kt forum nie mane nk carik port nak nanges ek?
sedey bai...
:(
Back to top Go down
doremon_nike
Team
Team



Number of posts : 466
Age : 34
Location : Tmn Kinrara//UiTM Dungun,Tganu kite..ke33
Registration date : 2008-06-03

Ibu Yang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibu Yang Pembohong   Ibu Yang Pembohong Icon_minitimeWed Feb 25, 2009 10:22 pm

tau xpe..
da mleleh da ni..
mlu org sblah nmpak..hu33

pd sesape yg ber mak,ibu,umi,mama..
hrgai mak anda sbaiknya..
jsa mrka trlalu bsar n tggi nilainye..

wpun kta bnyk kli mlukakan atinya,
ia ttp sygkn kta seolah2 kta xprnah
wat slah pdnya.. :(
Back to top Go down
ruffy
Team
Team
ruffy


Number of posts : 565
Age : 35
Location : keramat/poli sabak benam
Registration date : 2008-06-26

Ibu Yang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibu Yang Pembohong   Ibu Yang Pembohong Icon_minitimeThu Feb 26, 2009 5:20 pm

tp jgn kt mak je..
ayah pon susah dlu..
mmg mak susah bsalin..
ayah lak mase 2?
die la cari kewangan..
balek die suri umah..
mk saket mlm2 ngandung ayah gk bangun tenagkan..
mk mngerang kt hospital ayah teman gk..risau..
kiter lahir ayh pon smbut..
sore 1st kite dgr?sore ayah..
dlm fmily sape mule2 dukung kite?ayah..
even ayah ninggal before kite lahir,sape yg mule2 doa dpt anak cm kite?ayah..
ayah pon ptot ade tmpt..
Rasulullah S.A.W pon tetap sebut ayah
lepas ibu..
kn kwn?
kite2 yg masih ade mk ayah atau salah sorg..hargailah..
bia kite xd rezeki jmpe die kali terakhir..
tp bia saat2 hayat akhir die ade ngn kiter..
kiter jage die..
kiter turut sgale printah die stiap arahn,stiap saat..
sbb sblom2 2 msti kiter kurg2 gk dgr kt ayah nie..
sbb kiter dlm xsedar kiter slalu lebihkn mak..
xsalah pon tp adillah..
sbb ayah dan mak xpnah pilih kasih..
mmg kite kdg2 nmpk dorg pilih kasih tp kite silap..
lain anak lain care tnjukkan kasih die..
yg pntg..
mk dan ayah sgalenyer..
pergi dorg xd gnti..
even dpt mk/ayah tiri xkn same..
lain feel die..
lain carenyer..
hargailah ibu dan ayah..
syangi..
belai dorg..
skrg masenyer..
tw kwn2.....
Ibu Yang Pembohong 809185
Back to top Go down
whip2002




Number of posts : 5
Registration date : 2008-10-17

Ibu Yang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibu Yang Pembohong   Ibu Yang Pembohong Icon_minitimeMon Mar 02, 2009 10:46 pm

RAFI, JGN CAKP LG...
AK PHM PERSAAN KO....
XDE AP YG BOLH AK UCAPKN MELAENKN UCAPN TAKZIAH N AL-FATIHAH...
MAAF SBB X HADIR TIME 2........
SEMOGA TUHN MEMBERKATI KEHIDUPANMU SAHABTKU
Back to top Go down
ruffy
Team
Team
ruffy


Number of posts : 565
Age : 35
Location : keramat/poli sabak benam
Registration date : 2008-06-26

Ibu Yang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibu Yang Pembohong   Ibu Yang Pembohong Icon_minitimeTue Mar 03, 2009 11:19 am

mkaseh..tp whip ni sape ek?
xknalkan diri pon..
lol!
Back to top Go down
doremon_nike
Team
Team



Number of posts : 466
Age : 34
Location : Tmn Kinrara//UiTM Dungun,Tganu kite..ke33
Registration date : 2008-06-03

Ibu Yang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibu Yang Pembohong   Ibu Yang Pembohong Icon_minitimeWed Mar 04, 2009 5:16 pm

maaf...xtau pn de
pkra mndkacitakn brlaku
dlm fmily kwn2..

pd yg dah trjdi..
hrp tbahkn ati..
hdup kna dtruskn..
jgn ptus asa..

maaf skli lg... :(
Back to top Go down
Sponsored content





Ibu Yang Pembohong Empty
PostSubject: Re: Ibu Yang Pembohong   Ibu Yang Pembohong Icon_minitime

Back to top Go down
 
Ibu Yang Pembohong
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Gadis Yang Terencat
» Harap2 Korang Yang Wanita Xkena Macam Nie..
» Pesan Terakhir Seorang Suami Yang Sedang Nazak
» Kisah Rumput Dan Orang yang Disayangi...Moral Dalam Story Ni Penting

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
5 Arif Crew Official Forum :: Karya Dan Hasil Nukilan :: Artikel-
Jump to: