Kapten Ace Spammer
Number of posts : 565 Age : 34 Location : Kedai Mamak Seri Manja Registration date : 2008-04-26
| Subject: Cikgu, Amin Dan Anak Murid Sat Jul 26, 2008 9:19 pm | |
| Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini? Murid-murid : Nampak cikgu. Guru tadika : Pen ada kan? Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen? Murid-murid : tak nampak cikgu. Guru tadika : pen ada tak? Murid-murid : tak ada cikgu. Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak? Murid-murid : tak nampak cikgu. Guru tadika : Tuhan ada tak? Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu? Guru tadika : Boleh,mari ke depan. Amin: Kawan-kawan nampak cikgu tak? Murid-murid: nampak. Amin : cikgu ada kan? Murid-murid : ada. Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak? Murid-murid: tak nampak. Amin : cikgu ada otak tak? Murid-murid: tak ada. | |
|