kalo aku lah...
lepas je aku tersepak, aku menjerit sekuat ati..... "AAADDDDOOOOIIIIIIIIII" kata ku selepas tersepak teko tersebut.... teringin sekali aku hendak menyepak teko tersebut berkali2 tetapi memandangkan islam tidak membenarkan nafsu menguasai diri kita maka ku biarkan saja teko tersebut, kemudian ku terpikir semula... "slalunyer kalo dalam citer aladin ada jin dalam teko2 camni, elok lah kalo camtu, tiga permintaan.... hmmm....apa yang patut aku mintak ek....?" kata ku didalam hati..... sedang dalam memikirkan jawapan kepada soalan yang setaraf ngan PSPM... (senang kata sama taraf ngan soalan untuk orang yang dapat CGPA 4.00) aku ternampak seorang lelaki yang kelihatan nya sedang mencari sesuatu di atas tanah..... maka aku pun terfikir " kalau aku mintak orang tu jumpa apa yg dia ilang bagus gak....." lalu aku pun mengambil teko tersebut lalu ku tempat telapak tangan ku pada tempat yang kurasakn terbaik utk ku mulakan...... belum sempat ku mulakan ku terpikir pula...." kan bagus kalo ader orang amik teko ni. xde la org melolong cam aku nti.." maka ku mulakan menggosok teko tersebut..... sebaik saja aku menggosok teko tersebut.. ku lihat awan di langit mula bergerak menutupi langit yang biru menjadikan hari tersebut kelihatan suram semula.... " kalo hujan habis la aku, basah lah nnti, kena wat hajat gak ni...." maka dengan itu cukup lah tiga hajat yang akan aku minta.... tetapi setelah hujan mula membasahi bumi dengan air mata nya aku mula risau kerana teko yang telah panas ku gosok itu tidak juga mengeluarkan apa2... aku pelik... "macam mana ni".... detik ku dlm hati.... hujan semakin lebat dan aku masih cuba untuk mengeluarkan jin yang kusangka ada di dalam teko tersebut.... dan akhir nya setelah baju aku kuyup dek lama sangt terdedah dengan tangisan langit maka terdetik lah dalam hati ku penuh harapan.." Ya Allah, Tolong lah aku".... maka dengan serta merta langit menjadi cerah.... hujan yang turun dengan lebatnya sebentar tadi mula berhenti.... lelaki yang dari tadi sedang mencari sesuatu di atas tanah datang kepadaku dan berkata "teko saya..!!! terima kasih kerana tolong carikan.." ku tersenyum apabila beliau berkata begitu. ku serah kan kembali teko tersebut kepada tuan nya sambil berkata " sama-sama" serentak dengan itu sebuah kereta Honda yang amat ku kenali berhenti dihadapan ku. "Umi..!!!!!" jerit ku.... Ibuku melambaikan tangan nya kearah ku dan menunjukkan baju dengan tag hargta masih terlekat di lengannya... terdetik dihati ku.." alangkah bodoh nya aku mempercayai sesuatu yg tidak wujud. aku gosok berkali2 utk memanggil nya untuk bantuan tetapi tidak ku dapat. sebalik nya hanya dengan berkata 'Ya Allah, Tolong lah aku' dan dengan hati yang mengharap, diselesaikan semua masalahku. Ya Allah. Malu nya aku, dosa ku dengan amatlah banyak namun Kau masih membantu aku. Ya allah ampunkan aku.....!!!!!!!!!